
Hi reader/s :)
Muahaha . Saja cuba try test buat ayat macam pembaca berita RTM . Wikiki
Okay , semalam yana and da gang pergi pesta buku . Ceh , 'and da gang' konon . Padahal pergi dengan member-member akak yana and kazen yana je pun . Takde maknanya gang sebab diorang tu gang akak yana , bukan yana . Wakaka !
Dari beranang , just 4 orang jelah . Yana , akak yana , kak jaja and kak farah . Naik kereta la kan . Takkan naik bas pulak . Gila kau ~
Kitorang gerak dari beranang dalam pukul 10 lebih . Singgah rumah makngah yana dekat cheras sebab nak "pinjam" anak dia dan dijadikan tourist guide . Hewhew .
Kitorang gerak pergi pwtc naik train je . Nak naik kereta memang tak ah . Sebab tak tahu jalan . Wuwuwu .
Sesampainya dekat pwtc , kitorang terus serbu site karangkraf . Well , dah nama pun antara kami yang 5 orang tu peminat setia novel alaf 21 , so seharusnya la terjah karangkraf dulu . Hewhew
Dah round-round dalam dewan tu sementara menunggu gang akak yana ni dok sibuk pilih novel , yana , akak yana and kazen yana melepak la sat dekat dengan meja penulis novel . Tengok orang . Hoho . Tapi tahun ni macam tak panjang je meja penulis . Yang ada semalam anis ayuni , aleya aneesa , hasrudi jawawi , ramlee awang mursyid . Tapi penulis yang paling ramai mintak otograp opkos la ramlee awang mursyid . Panjang kot barisan yang beratur nak dapatkan otograp beliau .
Lepas tu masa sibuk dok menunggu yang lain merayap carik novel , dengar mc dekat stage tu kata dalam pukul 2 lebih ada artis jemputan . Tahun ni artis jemputan dia sham kamikaze . Macam tahun lepas , imran ajmain and dr.fazley . Kitorang tak tunggu pun sebab nak merayap dekat booth lain pulak .
Dah keluar dari dewan karangkraf tu , kitorang masuk pulak dewan lain . Tapi dalam dewan tu macam-macam publisher la . Tak terhad macam karangkraf punya dewan . Jalan punya jalan terjumpa dengan novelis Fauziah Asha'ari . Alarrr , yang penulis novel Ombak Rindu tewww ~
Jalan lagi . Singgah sat dekat booth Gempak Starz . Yang terbitkan Lawak Kampus tuh . Haa , konfem la tahu kan? Konon nak beli la beberapa set . Tapi bila terpandangkan tempat cashier , terus tak jadi beli . Ramai kot .
Keluar balik dari dewan tuh . Next station , booth Ana Muslim . Ini adik ente la mahu kirim macam-macam . Beliau peminat setia Ana Muslim , lagi-lagi Adik Muslim . Dah habis merayau dekat booth tuh . Naik tingkat atas pulak . Konon nak carik booth MOY pulak . Tapi tak jumpa . Naik lagi satu tingkat . Tak jumpa . Turun balik . Last-last jumpa jugak . Hoho . Agak tersorok la booth MOY . Dah borong dekat situ . Turun sampai tingkat satu balik .
Mula-mula dah nampak model belakang stage utama . Then bila tengok bunting . Pelancaran majalah 'Hijabista' . Saja la singgah sat . Entah macam mana , dok sedap mata melilau , ternampak seseorang yang yana and akak yana minat gila . Guess what? Diana Amir ! Wuhuhu
Sanggup bersesak gara-gara nak ambik gambar Diana Amir . Malangnya beliau tak pusing pulak . Hampa -.- Dok sibuk nak snap pic Diana Amir , Datin Norjuma , Dr.Masyitah and Farah Ashikin (diorang tak pandang pun)
boleh tak perasan yang depan mata ada retis ni haa .
Haa , ambik kau . depan mata . hewhew :)
Dah puas dok snap pic , kitorang pun decide nak pergi makan . Ops , sebelum keluar dari pwtc , kitorang terjumpa kawan pakngah yana . Dia chef dekat situ , so haruslah terjumpa kan , sebab dia merayap jeh dekat stall-stall makanan . Kalau anda perasan , beliau yang saya maksudkan adalah chef yang pakai
Dah keluar dari pwtc tu , kitorang nak serbu mcD the mall , tapi tak kesampain hajat kami sebab sesak gila . Terpaksa menahan lapar lalu menempah tiket ke sogo . Lepak mcD sogo jelerrr . Dah makan bagai , terus menapak ke station lrt masjid jamek . Time tu sebenarnya kitorang dah lelah . Dah tak terpijak tanah rasanya kaki ni . Sampaikan berjalan punya lama , tercabut tapak kasut kazen yana . Hoho
So , naik lrt terus ke salak selatan . Dah tu naik tangga pulak , taknak naik teksi . Memang terasa nak tercabut kepala lutut . Haha
Nasib baik cuaca redup jeh . Syukur alhamdulillah . Tak terasa haus sangat .
So , rasanya dalam entri ni lebih banyak cerita pasal berjalan dari keadaan pesta buku kan? Haha .
InsyaALLAH , jika diberi keizinan , tahun depan kalau ada pergi lagi :)
Masuk tahun ni baru dua kali family yana pergi . Yang gang akak pulak first time .
Tetibe teringat pulak kes kak jaja dapat nombor phone dari pekerja PTS yang tukang edarkan pamplet tuh . Hewhew . Tak silap nama dia Sham kot :D
Kaki pun dah rasa sakit . Otot-otot dan urat-urat mula menegang . Serius nak angkat kaki pun sakit . Nasib rumah tak bertangga . Kalau tak , mahu merangkak daki anak tangga . Muahaha !
Okay , penat dah perah otak dok fikir ayat nak cipta entri ni . Kbaii <3
0 Kaki Komen:
Post a Comment